Saturday, January 16, 2010

Hadiah Kawan Lama

5

Assalamualaikum.


Ketika mendapat peluang berceramah saya suka menggunakan teknik bercerita, terutama cerita analogi yang boleh dibincangkan dan membuatkan pendengar turut berfikir dalam konteks diri mereka melalui pengalaman yang ada.


Selain terus bercerita secara lisan, saya juga suka menggunakan video klip sebagai bahan analogi saya. Antara yang paling saya gemari apabila menyentuh bekalan yang akan kita bawa pulang ke alam akhirat ialah salah satu klip iklan Petronas . Sudah tentu saya akan mendapat respon tafsiran ‘moral of the story ….’ yang berlainan dari pelbagai sudut oleh pendengar.


Iklan tersebut mengisahkan seorang pembuat sampan, bernama Man, yang meningkat usia yang hilang semangat untuk meneruskan kariernya di kampung. Beliau ingin berhijrah ke bandar untuk menjadi pengawal keselamatan yang mungkin menjanjikan kehidupan yang lebih indah.


Dengan raut wajah yang sedih beliau menyatakan hasratnya kepada rakan lamanya, Tuan Haji, seorang peniaga yang dia banyak memberi pinjaman kewangan kepadanya. Pak Man memberi jaminan akan membayar hutanngya bila telah berjaya di Bandar nanti. Tuan Haji boleh lupakan hutangnya dengan satu syarat iaitu Pak Man membuatkannya sebuah sampan. Kos membuatnya Tuan Haji tanggung, ambil sahaja barangan yang diperlukan dari kedainya. Tuan Haji menunjukkan model sampan yang diingininya.


Tawaran yang sukar ditolak. Beliau pun menerimanya tetapi dengan berat hati. Pak Man membuatkannya dalam keadaan yang kurang sempurna. Bermula dengan menggunakan bangkai sampan yang ditinggal sebagai asas, dan menggunakan kayu dan papan lama yang kurang kualitinya, beliau mengusahakan hajat Tuan Haji. Suatu hari bila Tuan Haji datang menziarahinya yang sedang menyiapkan tugasannya, beliau cuba menyembunyikan hasil kerja dari dilihat kerana beliau sedar akan buruknya hasilkerjanya yang belum di buat ‘finishing touch-up’ yang akan menyembunyikan kecacatan yang ada.


Satu hari ketika hujan beliau mendapati terdapat kebocoran di sampan yang sedang dibuat. Beliau pun menampalnya dengan kaedah yang kurang sempurna.


Setelah siap dan diberi ‘finishing touch-up’ termasuk mengecatnya, beliau pun menurunkan sampan ‘baru’nya ke sungai dan menguji ala kadar dan didapati memuaskan pada pandangan beliau. Pak Man pun berjumpa dengan Tuan Haji dan ingin menyerahkan hasil kerjanya. Amat gembiranya dan macam tak percaya kerana Tuan Haji menghadiahkan sampan tersebut ditambah lagi dengan enjin bot yang baru kepadanya sebagai hadiah kawan lama dan memberi cadangan ‘motorbot baru’ itu boleh dijadikan sumber pendapatan jika dijadikan pengangkutan atau disewakan, lebih-lebih lagi akan ada projek besar di seberang sungai sana yang akan bermula.


Pak Man sangat gembira dan tak sabar untuk menggunakan engin bot ke atas sampan ‘baru’nya. Beliau pun tak sabar untuk mandu uji ‘motorbot’ barunya. Setibanya di jeti tempat sampannya dilabuhkan ............ amat malang sekali, sampan ‘baru’nya telah penuh dengan air yang munkin masuk dari celah-celah hasilkerja yang tidak teliti.


Sampannya mula tenggelam. Pak Man terduduk di atas jeti sambil memegang dahinya......


Saya membuka peluang kepada peserta kursus untuk memberikan pengajaran yang boleh kita ambil dari klip video tersebut……







Ya …. Tuan-tuan dan puan-puan serta saudara-saudari….. silakan coretkan penafsiran pengajaran yang boleh anda perolehi.


Jumpa lagi di kisah analogi seterusnya.


Wassalam.


5 comments:

  1. tak salah.
    lebih2 lagi bila abah nyatakan itu Petronas punya video.

    ReplyDelete
  2. analogi yg menarik .. walau iklan ini sudah lama tak disiarkan tapi mesejnya sering diguna dalam sesi motiivasi...

    ReplyDelete
  3. terkesan sekali dengan cerita tuh,analogi yg mantop:D buat kiter terfikir tentang apa kelebihan dan kekurangn yg kita ad utk segalanya di msa depan...masa untuk berfikir,menilai,dan bertindak...

    ReplyDelete
  4. Agaknya begitulah di alam akhirat agaknya, sesiapa yang berusaha sambil lewa sahaja di dunia ini, tidak menunjukkan kesungguhan, akan mendapati amal-amalnya tidak berupaya membantunya menyeberangi jembatan yang mencabar di sana kelak. Ngeri juga bila memikirkannya.

    Peringatan yang baik.

    ReplyDelete
  5. Ok... Banyak sudut yang boleh dilihat, jika kita luangkan masa untuk berfikir.
    Secara sekali lalu, saya lihat dalam usaha untuk mendidik generasi muda, perlu komitmen yang mantap, jika tidak.... maka akan terhasillah seperti sampan yang tidak boleh berfungsi. Membazir je...
    Dengan demikian menjadi tanggungjawab seseorang untuk laksanakan tugas dengan terbaik dan sudah tentu ia akan menghasilkan produk yang boleh memberi manfaat kepada pengguna lain.
    Teruskan usaha mendidik diri ini.

    ReplyDelete