Friday, January 22, 2010

Kisah 2 Orang Pengembara

5
Assalamualaikum.
Saya kerap diberi kesempatan untuk berinteraksi dengan dengan pelajar pelbagai kaum dengan mengutarakan tajuk Mengenal Diri.

Saya akan memaparkan slide PowerPoint saya seperti berikut dan memberi masa peserta untuk menjawabnya di kertas kosong yang disediakan.

Nama :
Kategori :
Pencipta :
Status di bumi :
Tujuan ke bumi :
Tugas Khusus :
Taraf amanah :
Kualiti amanah :
Tempoh di bumi :
Destinasi hidup :
Matlamat hidup :

Setelah lebih kurang 10 minit, saya memungut jawapan-jawapan dari peserta ceramah. Saya akan mendapat pelbagai jawapan dari pelbagai latarbelakang pelajar. Saya akan membincangkan satu persatu mengikut kesesuaian pendengar.

Berikut adalah ‘guideline’ perbincangan yang dijalankan secara satu persatu. Saya akan cuba membawa mereka memahami tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dalam perbincangan berdasarkan soalan-soalan dan jawapan-jawapan yang diperolehi.

Nama : Sipulan
Kategori : Manusia
Pencipta : Tuhan
Status di bumi : Pemimpin
Tujuan ke bumi : Melaksanakan amanah
Tugas Khusus : Mendidik
Taraf amanah : Kewajipan mutlak
Kualiti amanah : Ibadah
Tempoh di bumi : Sementara
Destinasi hidup : Akhirat
Matlamat hidup : Keredhaan Allah

Setelah tamat perbincangan, saya akan berkongsi dengan mereka sebuah analogi berikut

Seorang pengembara yang sangat keletihan telah terjumpa sebuah rumah yang sangat indah lagi besar. Dia pun masuk dan mendapati banyak makanan dan minuman yang terhidang di dalam rumah tersebut. Dia cuba mencari-cari tuan rumah tetapi tidak berjumpa. Dalam keadaan lapar dan kehausan dan buntu untuk menemui tuan rumah tersebut, lalu dia pun makan dan minum sepuas-puasnya.

Tiba-tiba datang pegembara yang ke-2 yang juga kelihatan dalam keletihan dek perjalanan yang jauh lagi lama, lalu dia bertanya, “Salam Sejahtera. Tuankah empunya tempat ini ? Izinkan saya merasai makanan dan minuman untuk mengalas perut ini”. “Maaf, saya bukan tuan rumah ini. Saya juga ingin berjumpanya untuk meminta izin menikmati juadah yang terhidang ini, tetapi belum berjumpa sehingga kini. Tetapi silakan makan bersama saya”. Pengembara ke-2 kehairanan, “Tuan kenalkah tuan rumah ini?”. “Tidak” jawab pengembara pertama dengan selamba sahaja. Pengembara ke-2 pun berkata dengan tegas “Kalau begitu tuan adalah seorang pencuri yang patut dihukum”.

Saya bukakan peluang untuk mengeluarkan pendapat mengenai peristiwa tersebut. Komen, tambahan dan pengajaran yang boleh diperolehi. Beberapa persoalan diutarakan untuk menggalakkan perbincangan tersebut.
 Apa pendapat anda tentang peristiwa tersebut ?
 Setujukah anda dengan pendapat pengembara ke-2 ?
 Siapa agakya tuan rumah tersebut?

Saya kaitkan analogi itu dengan dengan kehidupan di dunia ini. Dunia sebagai rumah yang besar lagi indah dan penuh dengan makanan dan minuman yang berlimpah ruah. Kita sebagai manusia yang bermusafir singgah sebentar di rumah besar nan indah ini yang penuh dengan kenikmatan. Sudah tentu bumi ini bertuan. Siapa tuan bumi ini? Naluri manusia akan mencari-cari tuan yang hebat ini.

Biasanya saya akan dapat pandangan yang berbeza-beza dari pelajar pelbagai kaum dan agama. Menarik dan seronok. Saya harapkan mereka dapat Mengenal Diri dengan bermakna hasil interaksi tersebut.

Berjumpa lagi di masa akan datang.
Sila catat sesuatu diruang ‘comments’. Komen anda sungguh bermakna untuk saya.

Wassalam.

5 comments:

  1. Analogi yang menarik dan sesuai menjadi alat peringatan kepada diri ini yang sering lupa bahawa kita semua adalah pengembara. Sering kita terlupa mencari Tuan Punya 'makanan dan minuman yang melimpah ruah' yang ditemui sepanjang perjalanan.

    Satu peringatan yang mesti. Terima kasih. teruskan mendidik.

    ReplyDelete
  2. Sangat menarik. Saya bercadang untuk mengadakan kem motivasi di sekolah untuk pelajar tingkatan 5 pada bulan Mac nanti. Harap blog ini mampu membantu dari segi idea dan bahan.

    ReplyDelete
  3. Kepada Sdra. MalekAbdillah : Tiada Masalah. Ilmu untuk dikongsi. Wassalam

    ReplyDelete
  4. Lebih baik makan sbab dh terdesak. Pengembara ke-2 agak bodoh disitu. Kalo darurat, babi dan binatang2 yang lain pun kita bleh makan. Apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan makanan yang tidak bertuan. Itu shj pandangan saya. Sekian.

    ReplyDelete
  5. Memang betul juga kalau terdesak. Di sini kisah ini hanyalah sebuah analogi di mana rumah itu diibaratkan sebagai dunia dan makanan yang banyak sebagai nikmat-nikmat yang wujud di dalam dunia ini. Sebagaimana rumah dan makanannya, tentu ada pemiliknya, begitu juga dunia dan segala nikmat di dalamnya tentu ada Pemiliknya Yang Maha Hebat.

    ReplyDelete