Monday, February 1, 2010

Ada Hikmah Di Sebalik Kegagalan

3
Setiap kali keputusan permohonan untuk mengikuti Program KPLI dikeluarkan, terdapat dua golongan yang ketara. Yang pertama adalah mereka yang berjaya dan yang kedua adalah mereka yang gagal. Bagi yang berjaya, banyak ucapan tahniah diterima dan rasa gembira yang tak terkira hadir dalam diri yang berjaya…. lumrahnya.

Kumpulan yang kedua yang menjadi perhatian saya kali ini, iaitu mereka yang gagal meneruskan impian untuk menjadi bakal guru, yang akan menjanjikan masa depan yang indah menjadi insan bergelar Cikgu. Keputusan “Dukacita dimaklumkan anda tidak berjaya …..” amat mengecewakan sekali. Seperti satu malapetaka melanda diri. Sunyi, sepi dan kosong dirasakan tanpa ada orang yang simpati. Tiada belas kasihan dari pihak yang bertanggungjawab. Perasaan kecewa terus menerus bergelombang menghempas di lubuk hati dan pemikiran. Tiada perkataan yang mampu diluahkan untuk menggambarkan betapa remuknya segala harapan yang telah sekian lama dibina.

Maksud Firman Allah SWT : “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan: “Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji terlebih dahulu ? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” ( Al-Ankabut: 2-3 )

Ya…. Saya rasa mereka (calon-calon KPLI) perlu disediakan sesi kaunseling yang menumpukan kepada persediaan menghadapi kegagalan dalam permohonan tersebut.

Ingin saya menyumbangkan sedikit bahan untuk mereka yang belum berjaya.

Dalam kehidupan ini, kejayaan dan kegagalan akan kita lalui di sepanjang perjalanan kehidupan ini. Tumpuan kali ini ialah kita perlu menyediakan diri dalam menghadapi kegagalan. Hidup mesti diteruskan. Oleh itu beberapa prinsip hidup perlu kita sematkan dalam diri, antaranya

1. Anggaplah kegagalan tersebut sebagai cubaan dari Allah yang bertujuan untuk mendidik diri. Ini bermakna didikan dari Allah ini perlu dihargai dengan hati yang rela dan tabah.
2. Yakinlah, bahawa Allah itu Maha Adil dan tidak akan berbuat zalim. Allah ialah Zat Maha Pemberi dan pada suatu ketika akan mangambilnya kembali.
3. Seringkali kegagalan yang diberikan adalah tanda peringatan dan lambang kasih sayang-Nya dan memberi ruang kita bermuhasabah dan terus mengharap dariNya.
4. Hadith Rasulullah SAW yang maksudnya supaya kita mengucapkan : “innalillahi wainnailaihi roji'un” apabila ditimpa musibah dan ini akan Allah kurniakan pahala.
5. Kegagalan dijadikan sebagai batu loncatan untuk tingkatkan diri dan menempuh kehidupan dengan semangat yang baru yang lebih berkobar untuk kejayaan yang akan datang.
6. Setiap kegagalan datang bersama rahmat.
a. Ia akan lebih menghampirkan diri kepada Allah.
b. Doa orang orang yang ditimpa musibah lebih mustajab
c. Ia akan lebih mendewasakan diri.

Firman Allah SWT bermaksud : “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab sebelum Kami menciptanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang sombong lagi membanggakan diri”
( Al-Hadid : 22-23 )

Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud : “ Berikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang, yang ketika musibah, mereka berkata “ “Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan Kepada-Nya kita dikembalikan. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk”. ( Al-Baqarah : 155-157 ).

Akhir sekali di ruangan ini, bahawa ujian Allah bukan hanya berupa kegagalan, dan kepayahan sahaja, tetapi juga berbentuk kejayaan dan kemewahan. Allah SWT berfirman bermaksud: “ Dan Kami menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan Kamilah kamu semua kembali.”

Wallahu a’lam.

3 comments:

  1. Saya sungguh terpikat apabila membaca petikan ini. Saya berharap penulisan ini dapat diteruskan sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  2. nasihat begini amat diperlukan bagi mereka dlm musibah agar mereka tidak lupa akan rukun Iman yg terakhir iaitu beriman pada Qada' dan Qadar Allah...

    terkadang disebabkan jiwa yg lemah... org yg dlm keadaan biasa boleh memahami rukun Iman tersebut... namun bila empunya diri dilanda musibah... kefahamannya boleh menjadi kabur dek kekusutan fikiran yg melanda lalu menjadi lupa akan ketentuan Allah... lantas dia memerlukan seseorang utk memperingatinya... semoga dia kembali kepada Allah Yang Maha Esa...

    salam ziarah... :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum;
    Kpd Mu0 runner: Tq 4 yor support.

    Kpd Ahmad Syahril : Salam, tq atas tambahan bermakna.

    ReplyDelete